Selling iPhone Second Hand at Johor Since 2016
Terms And Conditons
- Penguatkuasaan Terma dan Syarat: Penggunaan Laman Web dan / atau mana-mana Perkhidmatan yang mungkin dilakukan atau dijalankan melalui Laman Web tertakluk kepada Terma dan Syarat ini.
- Kelayakan: Untuk menggunakan Laman Web dan / atau Perkhidmatan, anda dikehendaki berumur lapan belas (18) tahun ke atas.
- Tempat: Laman Web dan / atau ketersediaan Perkhidmatan dituju sepenuhnya kepada mereka yang mengakses Laman Web dari bandarbandar yang disenaraikan di Laman Web. Kami tidak menyatakan bahawa Perkhidmatan tersedia atau sesuai untuk digunakan oleh mereka di luar bandar yang tersenarai. Sekiranya anda memilih untuk mengakses Laman Web (termasuk penggunaan Perkhidmatan) dari lokasi di luar bandar yang disenaraikan, anda dengan ini bersetuju bahawa anda melakukannya diatas inisiatif anda sendiri dan bertanggungjawab terhadap kesannya dan akan mematuhi semua undang-undang yang berkaitan.
- Lingkungan: Ketersediaan Laman Web dan / atau Perkhidmatan adalah khusus untuk penggunaan peribadi anda sahaja dan bukan bersifat komersial. Penggunaan komersial untuk tujuan perniagaan atau penggunaan oleh pihak ketiga adalah dilarang, kecuali jika kami membenarkan secara jelas dan nyata terlebih dahulu. Untuk mengelakkan keraguan, ‘web scraping’ (dan penggodaman laman web) tidak dibenarkan.
- Larangan dan Pencegahan penggunaan: Anda tidak dibenarkan menyalahguna Laman Web. Anda tidak boleh melakukan atau mendorong kesalahan jenayah, menyebarkan virus termasuk tetapi tidak terhad kepada Trojan horse, worm, logic bomb atau menyiarkan bahan lain di Laman Web dengan berniat jahat, berbahaya dari segi teknologi, melanggar kepercayaan atau dengan cara apa pun menyinggung perasaan atau berunsur lucah, pornografi, data yang rosak, menyebabkan pengguna lain terganggu, melanggar hak milik orang lain atau menghantar sebarang bahan iklan atau promosi yang tidak diperlukan. Kami berhak, melalui pertimbangan kami sendiri, untuk mengelakkan anda menggunakan Laman Web dan / atau Perkhidmatan (atau mana-mana bahagian daripadanya).
- Peralatan: Perjanjian anda untuk menggunakan Perkhidmatan dan / atau Laman Web tidak termasuk penyediaan komputer atau peralatan lain yang diperlukan oleh kami kepada anda untuk mencapai salah satu tujuan tersebut. Untuk menggunakan Laman Web dan / atau Perkhidmatan, anda memerlukan sambungan internet dan pautan telekomunikasi yang sesuai. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos telefon, kos telekomunikasi atau kos lain yang mungkin anda tanggung berkaitan dengan perkara yang sama.